Cara Untuk Minta Kawan Baik Bayar Hutang



Hello serta Salam BFF dan GFF sekalian.

Kawan baik. Well, good to know yang korang ada ramai kawan baik. Okay now, siapa yang ada kawan baik tapi kawan baik tu dah bertukar jadi your worse enemy ever, sila angkat tangan. Yeah, I can see that ramai betul BFF dan bertukar kepada musuh utama yang tahu semua rahsia.

Well, antara masalah yang kadang kala berlaku adalah bila kita dah rapat dengan someone, someone tu datang kepada kita untuk meminjam sedikit duit. Kita pulak kalau tak bagi mula lah rasa bersalah. Actually, kalau duit tu cukup, nak kasi pinjam tu tak der hal. Masalahnya, adalah bayar balik.

Well, korang ingat senang ke nak mintak balik hutang yang kawan baik pinjam? Susah beb. Andaikata korang nampak BFF korang tu dari jauh. Korang pandang dia tajam-tajam. Then slow-slow korang gerak ke arah dia then approad dia dengan ayat.

"Haiii :). Hutang aku bila nak bayar?"

Kalau korang perasan, even korang buat muka baik macam mana pun, korang pasti akan nampak amat jahat bila masuk bab nak mintak bayar hutang kan? Tak percaya try ah. Well, aku pun tak tahu kenapa tapi serious apa-apa yang berkaitan dengan hutang akan merosakkan suasana. Dan itu akan membawa kita ke situasi seterusnya which is situasi kekok antara korang dan your BFF.

Kekok? What kekok?
Untuk pengetahuan korang, situasi kekok tu akan menjadi teruk kalau kawan-kawan baik korang tu tak ada duit atau tak nak bayar hutang. Tu belum kira lagi kalau korang perlu keluarkan kenyataan-kenyataan yang menyedihkan tentang kenapa korang pelukan duit sangat-sangat pada masa tu and then selepas mengeluarkan hujah-hujah sedih, boleh pulak dia kasi respond dengan

"Alaaa, nanti aku bayar la. Macam la aku tak der duit" (Obviously tak nak bayar)
"Minggu depan boleh tak? Minggu ni aku tak der duit ah."
"Kau ni asyik nak mintak hutang je. Kan aku dah kata nanti aku ada duit aku bayar la."

Bila benda seperti di atas berlaku, confirm korang dah rasa segan dan malu nak mintak again kan? Lebih-lebih lagi bila kawan kita tu tak nak bayar sebab dia takut dia tak cukup duit untuk makan.



So, ini adalah apa yang korang patut buat untuk meminta balik hutang kat kawan or kenalan korang tanpa mewujudkan situasi yang kekok dan pada masa yang sama, tak akan putuskan persahabatan korang.


Do it in a flash.
Korang pakai baju smart-smart. Galas beg di bahu dan bersedia. Bila korang nampak je si peminjam duit tu di depan mata, korang terus berjalan laju menuju ke arah dia seolah-olah korang dah lambat nak ke kelas. Dengan rentak perjalanan yang pantas dan tanpa berhenti, korang terus cakap

"Weh, minggu ni aku macam tak ada duit lah. Esok kau bayar hutang aku ye?". 

Then terus blah. Tak perlu tunggu dia respon. Why? Sebab apa yang dia perlukan adalah notification tentang hutangnya. Dan masa yang kita bagi adalah 24 jam. Itu adalah rasional.

Bila buat cara flash macam ni, dia dah macam tak ada alasan nak bagi sebab ianya seolah-olah perjanjian telah termeterai dia dia kena bayar hutangnya pada keesokkan harinya.



SMS berbentuk arahan.
Antara cara yang paling senang untuk ask your best friend to pay back whatever dieorang borrow adalah dengan menghantar satu SMS yang amat simple. Contohnya

"Salam. Hari Rabu ni kau bayar hutang aku ya. Aku dah tak ada duit nak makan. Nanti aku datang bilik kau ambil duit."

Kelebihan SMS adalah 'ruang untuk berfikir'. Ya, pada masa ni, si peminjam biasanya akan ambil masa yang lama untuk reply mesej korang. Dan SMS juga tak akan membuatkan situasi kekok berlaku. Damn i hate situasi kekok. Tapi kalau dia tu lelaki dan jenis hati kering, dia mungkin akan reply dengan ayat "Tak ada duit". Well kalau ini berlaku, korang boleh guna next step.


Lepak-lepak dengan si peminjam duit.
Korang cuba la cari masa-masa yang sesuai untuk duduk-duduk dengan si peminjam duit. Duduk sambil makan dan tengok TV misalnya. Then masa tengah layan TV tu, korang buat la ayat macam

"Aku ingat nak beli buku Bio macam kat TV tu lah. Tapi tak ada duit doe. Classmate / roomate aku pinjam duit tapi tak reti nak bayar balik."

Ya, korang buat-buat seolah-olah si peminjam duit tu tak berhutang dengan korang. Then korang tibai ah macam.

"Benci betul lah aku dengan classmate aku tu. Pinjam pandai, tapi nak bayar haram jadah. Pastu mengaku kawan. Tak guna." 

Then selepas dah puas kutuk, korang keluarkan ayat maut

"Eh, baru aku ingat, bukan ke kau pun ada pinjam duit aku ke dulu?"

Nailed it! Sumpah dia terasa. Dia terasa tetapi aku bet yang tak akan berlaku sebarang pergaduhan. Dan cara ni mungkin hanya berfungsi kat lelaki since lelaki tak sensitif sangat. Kalau korang perempuan dan korang guna cara ni kat perempuan yang sensitif, rasanya sure dia akan baling pinggan tu kat korang sambil putus kawan.


Suruh dia bayar hutang anda tanpa dia sedari.
Cara lain yang mudah untuk dapatkan duit hutang korang adalah dengan membuatkan si peminjam duit tu membayarnya tanpa dia sedar. Contohnya macam

"Weh, pinjam Rm50 kau jap, aku nak repair tayar kereta aku lah". 

Then keesokannya bila dia mintak duit, korang kata lah

"Oh, duit kau tu kira tolak hutang aku la. Kau kan hutang aku RM50 hari tu." 

Yeah, cara ni damn ohsem lebih-lebih lagi kalau digunakan pada hari dia dapat gaji / loan PTPTN or MARA. Dan please guna cara ni HANYA jika si peminjam tu TAK NAK bayar hutang korang. Aku perasan most of the peminjam bukan tak mampu tetapi tak nak bayar hutang. Ya, kalau dia tak nak bayar, boleh guna cara yang agak kejam ni. Tapi kalau dia betul-betul tak ada duit, cara ni amat-amat tak di galakkan.


Well, bila si peminjam duit tu tak mampu nak bayar, kita jangan lah paksa sangat. For the win-win situation, kita bleh guna cara lain which is offer bayaran balik secara ansuran. Korang mungkin boleh suruh dia bayar RM10 seminggu or atau Rm30 sebulan, janji bayar. Tak pun, korang boleh suruh dia tanggung korang punya lunch. Yeah, itu pretty nice. Dia pun sure tak akan rasa terbeban untuk bayar balik.

Actually, aku rasa as long korang ada duit lebih, memang tak ada hal lah kan nak kasi orang lain pinjam duit. But then agak tak boleh blah lah bila dieorang dah ada duit, tapi still tak nak bayar. Dan, lagi-lagi tak boleh blah kalau si peminjam duit tu guna kan duit yang kita pinjamkan semata-mata untuk enjoy / beli rokok sedangkan kita yang nak isi perut sendiri ni pun sebenarnya berkira nak makan.

Apa pun, kalau korang kaya dan tak rasa perlukan duit, kira langsai je la hutang tu. Jadikan hutang tu sebagai sedekah. Ingat, the more you give, the more you get. Pengalaman aku, semakin banyak orang pinjam duit aku, semakin perlahan lah flow duit aku. Aku makan itu ini sampai perut membulat tapi duit rasa macam tak luak pun. Padahal masa tak ada orang hutang tak beli apa-apa tapi duit bergerak macam air.

Dan yang terakhir, meminjam duit dari kawan adalah satu "Friendship Killer". So, try your best untuk tak pinjam duit yang bukan je dari kawan, tapi jugak dari siapa-siapa je.


Sharing is Caring ..

0 Responses