Koleksi
Ayat Maut Seorang Perempuan
Oleh kerana jiwanya yang halus,
kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang
wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya.
Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat
biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah
membuat kesimpulan berikut..
Koleksi
Ayat Maut Seorang Perempuan
(1)
Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut
perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran.
Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.
(2)
Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku.
Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii.
Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer
bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak
kedai mamak layan bola, balik rumah balik.
(3)
Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita
sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan
perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya
pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.
(4)
Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan
kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin
menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
(5)
Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu
ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna
menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada
penting baginya.
(6)
Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian,
bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima
akibat kesilapan anda
(7)
Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada
anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita
berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima
kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
(8)
Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan
bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai
lelaki.
(9)
Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas
mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya
mereka yang buat sendiri.
Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …
Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …