Di bawah ni ada
beberapa tips untuk awek-awek yang masih bersekolah untuk mengelakkan dari
dibenci oleh pelajar lelaki, guru lelaki mahupun kawan sejantina sendiri. Tanpa
sedar banyak perkara yang awek selalu buat yang membuatkan lelaki cukup
menyampah dan meluat. Antaranya ialah :
1) Gedik tahap dewa
Hui aku juga menyampah
kalau dapat student yang gedik tahap dewa. Awek sekolah yang gedik tahap dewa
mungkin tidak ada di sekolah tahfiz. Tetapi di sekolah-sekolah lain dari Perlis
sampai ke Sarawak memang mudah diperoleh. Antara sifat-sifat nature mereka
adalah suka bercakap dengan kuat, ketawa dengan kuat, terkinja-kinja seperti di
bawah pengaruh dadah, dan lain-lain yang berkaitan. Awek-awek yang gedik tahap
dewa juga kebiasaannya suka mencari publisiti murahan dan mencapap.
Pakwe sekolah tidak
akan mengorat awek yang gedik tahap dewa kerana kelak mereka juga akan
dipersenda oleh rakan sebaya kerana kau dah kenapa, tak ada awek lain dah ke
kat sekolah ni? Yang gedik-gedik tu jugak kau nak??? Pakwe sekolah juga
berpendapat awek-awek sebegini berpotensi untuk mencanang satu sekolah tentang
hubungan mereka. Kebiasaannya awek gedik tahap dewa hanya menjadi bahan usikan
atau posmen kepada awek yang mereka minat sahaja.
2) Bajet hot
Ramai di kalangan awek
sekolah yang bajet hot atau dalam bahasa mudahnya perasan cantik. Awek-awek
sekolah sekalian, sekiranya anda dikurniakan wajah jelita atau cute, anda
jangan rasa diri anda yang paling cantik di sekolah. As the saying goes, beauty
lies in the eyes of the beholder. Ciri-ciri awek bajet hot sangat mudah
dikenalpasti. Apabila berjalan kebiasaannya matanya meliar kerana merasakan
diri menjadi bahan tenungan pakwe-pakwe sekolah. Apabila makan di kantin atau
dewan makan seperti pengantin makan beradap. Pendek kata awek bajet hottt
memang control habis waima (pergh) hanya seorang sahaja kaum Adam itu pun yang
belum mumayyiz dan dalam jarak 500 meter.
Awek sekolah bajet hot
tidak menjadi pilihan kerana pakwe sekolah terpaksa berhadapan dengan cinta
tiga segi di usia yang muda. Ini kerana apabila awek-awek sekolah ini
membajetkan diri mereka hot, mereka merasakan ramai pakwe-pakwe sekolah
dambakan (pergh lagi) cinta dan kasih sayang mereka. Itu belum kira cikgu
lelaki. Ada juga awek bajet hot mengatakan guru lelaki meminati mereka sehingga
terkejar-kejar mahu mengajar di kelasnya.
3) Awek hensem
Awek hensem selalunya tampak
ganas dan tougher than pakwe sekolah. Perangai awek-awek ini dapat dilihat
dengan mata kasar seperti cara mereka berjalan, cara percakapan dan pembawaan
diri yang tidak seratus peratus perempuan. Mereka juga suka bergaduh dengan
kaum Adam dan perkataan belasah, terajang, penendang atau bantai menjadi
trademark apabila bergaduh.
Pakwe sekolah
menyampah dengan awek hensem kerana mereka seolah-olah ingin membuktikan mereka
juga gagah, sasa dan jangan dipandang enteng. Sedangkan lidah lagikan tergigit.
Inikan pula cinta monyet remaja sekolah. Sekiranya berlaku sebarang pergaduhan
pakwe-pakwe berpotensi untuk dicampak dari koridor memandangkan mereka lebih
tough justeru adalah lebih wajar tidak menjadikan awek hensem sebagai kekasih.
Berdasarkan survey yang dilakukan secara random pakwe-pakwe sekolah berpendapat
awek hensem kebiasaannya tidak begitu hormat pada pakwe sendiri.
4) Awek mengadu domba
Mengadu domba adalah
perbuatan yang dibenci. Maka awek yang suka mengadu domba perlulah sedar mereka
juga dibenci oleh pakwe-pakwe sekolah. Awek-awek sebegini memandang perkara
remeh sebagai perkara yang besar punyaaa. Sebagai contoh sekiranya awek ini
diusik oleh pakwe-pakwe sekolah, mereka tidak akan teragak-agak untuk
mengadukan perkara tersebut pada ustazah atau guru-guru komander askar. Hui
sudah pasti kena panggil dan 'dibasuh' maka bertambahlah kebencian yang sedia
ada.
Awek-awek lindungan
kaabah juga kebanyakkannya suka mengadu domba. Kalau dah kau alim sangat kau
nasihat aje lah pakwe tu. Yang kau nak mengadu sana sini kenapa *emo*
5)Awek kuat mencarut
Mencarut sudah menjadi
sebahagian dari hidup mereka. Kadang-kadang tersadung kaki bagaikan kilat terus
sahaja ada carutan yang meluncur dari mulut dibawakan secara live dari awek
kuat mencarut. Awek kuat mencarut menyebabkan pakwe sekolah bertukar menjadi imam
muda kerana segala carutan akan dibalas dengan beristighfar. Awek kuat mencarut
juga sebahagiannya dipengaruhi oleh awek hensem dan kebarangkalian kecil untuk
menjadi tomboy juga ada.
Tidak ada satu makluk
pun di dunia ini yang sukakan awek kuat mencarut. Maka adalah wajar sekiranya
anda berhentikan carutan anda kerana Tuhan juga marah. Awek-awek seperti dalam
gambaran di atas sila insaf. Masih belum terlambat.
#Sumber ntah aku pun
tak tau.
COPY and PASTE. Just Enjoys